Hunu Helena bab 4
Letter Invitation January 2015 Musim sejuk adalah musim yang aku tak berapa suka sebab gila nak mati sejuknya,walaupun dah pakai tebal-tebal pun rasa sejuk masih terasa. Jalan lorong yang aku lalui bagai lautan Putih kerana di selubungi oleh salji. Sebuah mesin kenderaan sedang mengalihkan salji yang menutupi jalan raya. Salji yang turun mengingatkan aku ketika terpijak akan kaki Alden bezanya masa itu hujan renyai. Sejak dari hari itu aku tidak lagi bertemu dengan Alden sedangkan Jarak antara Boston University(BU) dan Boston University Metropolitan college(MET) hanya tiga minit berjalan kaki, adalah juga nampak kelibatnya tetapi orang itu bulan dia pula lepas melihat ke belakang. Aku berjalan sambil melihat bangunan di kiri kanan yang kebanyakannya berkunci kerana sudah malam. Pastry yang selalu aku kunjungi masih lagi beroperasi walaupun sudah pukul sembilan malam. Selama aku berada di sini aku jarang sekali menaiki kenderaan awan kecuali nak cepat aku ke stesen kereta api ata...